I love Nuffnang!

Click here for more detail!

I love Nuffnang!

Ubat Bebas Resdung

Ubat Bebas Resdung
Penyelesaian Organik Dalam Masa 3 Hari

Sunday, June 14, 2009

lelaki = pemimpin

skang dah pun pagi. ngantuk tapi rasa macam nak menaip kat sini. afzal dah sepuluh bulan sekarang. alhamdulillah dia sihat.makan pun sekarang dah banyak. lega tengok dia macam tu.harap2 takde masalah lagi. dia nampak better sejak amik pneumococcal injection tu.so, aku memang berpuas hati walaupun mahal tapi nampak kesannya positif especially bila anak kita yang tu je kan...kalau boleh semua yang terbaik kita nak bagi dia. harap bila besar nanti dia akan jadi insan yang kuat fizikal dan mental. berpegang teguh pada agama Islam. mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. apalagi yang aku nak dia jadi?? hmm...aku nak dia jadi lelaki yang kuat berusaha, rajin belajar dan boleh berdikari serta bijak membuat keputusan. biasalah, sebagai ibu kita sentiasa nakkan anak kita jadi yang terbaik.sebab tu nama dia 'yang terbaik'. harapan aku sebagai ibu memang tinggi. bukan untuk aku semata, tetapi untuk dia dan masa depan dia. harapan aku dia jadi apa yang kebanyakan lelaki sekarang dah lupa. KETUA. lelaki adalah ketua dan pemimpin. alhamdulillah ayahnya macam tu. harapnya, ayah dan mama dia ni dapat bimbing dia untuk ke arah tu. walau susah hidup kita, kita tak putus asa berusaha. walau senang hidup kita, kita tak bongkak dan lupa diri... harusnya, kita sentiasa tunduk dengan ilmu. bukan tunduk tu bermaksud ikut telunjuk org membabi buta.tapi tunduk dalam erti kata dalam surah Luqman. aku suka surah Luqman.banyak mengajar aku jadi MANUSIA dan pembimbing (ibu).semoga satu hari nanti aku dapat ajar afzal mengaji dan mencintai quran dan kandungannya. aku takut bila tengok sekeliling(dunia) aku, terlalu jauh manusia denganNya. jadi aku bimbang mampu ke aku membesarkan afzal dengan ilmu agama yang secukupnya? hanya padaNya aku bermohon setiap kali solat. semoga sentiasa bernaung di bawahNya. sejak jadi ibu, aku terlalu berhati2. bimbang apa yang aku taknak berlaku dalam hidup aku. walaupun org kata jaga anak perempuan susah, bagi aku anak lelaki pun tak beza.

Afzal,
harapan mama, mama dapat bersama afzal, dapat besarkan afzal dengan ilmu yang Allah berikan pada mama. mama nak Afzal ingat hidup ni umpama pentas yang akhirnya akan sampai ke penghujungnya. baik atau tidak pengakhirannya, kita yang menentukan dengan akal , ilmu dan iman yang Allah kurniakan. pandai2 Afzal untuk merencanakan pengakhirannya. Afzal sebagai lelaki atau PEMIMPIN, seharusnya faham apa yang mama cuba sampaikan. Afzal akan faham bila sampai masanya.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...